Disebabkan kecuaian di dalam
mendalami ilmu agama Islam, maka ramai kita jumpa beberapa anggapan
yang keliru di dalam hal berkaitan mahram. Akibatnya, orang-orang yang sebenarnya bukan mahram dianggap
sebagai mahramnya. Sangat ironis, Oleh kerana
itu disini InsyaAllaah akan saya jelaskan pengertian berkenaan Mahram agar mudah difahami :
JENIS-JENIS MAHRAM
Mahram Kerana Nasab (Keluarga)
Mahram dari sudut nasab adalah yang
disebutkan oleh Allah Ta’ala di dalam surat An-Nur 31:
“Katakanlah kepada
wanita yang beriman: Hendaklah mereka
menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka
menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan
hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan
perhiasannya, kecuali kepada :
1. suami mereka, atau
2. ayah mereka, atau
3. ayah suami mereka,
atau
4. anak-anak lelaki
mereka, atau
5. anak-anak lelaki
suami mereka, atau
6. adik beradik lelaki
mereka, atau
7. anak lelaki kepada
adik beradik lelaki (anak buah lelaki) mereka, atau
8. anak lelaki saudara
perempuan mereka (anak buah lelaki), atau
9. wanita-wanita di
kalangan mereka, atau
10. hamba-hamba yang
mereka miliki, atau
11. pelayan-pelayan
lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau
12. anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
12. anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”
Para ulama’ tafsir
menjelaskan: ” Sesungguhnya lelaki yang merupakan mahrom bagi wanita adalah
yang disebutkan dalam ayat ini, mereka adalah:
1. Ayah
Termasuk dalam katagori ayah (bapak) adalah datuk, baik dari bapak mahupun ibu. Juga bapak-bapak mereka ke atas. Adapun bapak angkat, maka dia tidak termasuk mahram berdasarkan firman Allah Ta’ala;
“Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu …. “[Al-Ahzab: 4]
Dan berkata Imam Muhammad Amin Asy
Syinqithi rahimahullah, “Difahami daripada firman Allah Ta’ala ” Dan isteri
anak kandungmu …” (QS. An Nisa: 23) bahawa isteri anak angkat tidak termasuk
diharamkan, dan hal ini ditegaskan oleh Allah dalam surat Al-Ahzab ayat 4,
37,40″
[Adlwaul Bayan 1/232]
[Adlwaul Bayan 1/232]
2. Anak Lelaki
Termasuk dalam kategori anak lelaki bagi wanita adalah: cucu, baik dari anak lelaki mahupun anak perempuan dan keturunan mereka. Adapun anak angkat, maka dia tidak termasuk mahram berdasarkan keterangan di atas. Dan tentang anak tiri dan anak menantu akan dibahas pada babnya.
3. Adik beradik lelaki, Baik Sekandung, Sebapak Atau Seibu Sahaja.
4. Anak-anak saudara (anak buah)
Baik dari adik beradik lelaki mahupun perempuan dan anak keturunan mereka. [Lihat Tafsir Qurthubi 12/232-233]
5. Pakcik
Baik dari bapa atau pun dari ibu.
Berkata syaikh Abdul karim Zaidan;” Tidak disebutkan pakcik termasuk mahram dalam ayat ini (An-Nur 31) kerana kedudukan pakcik sama seperti kedudukan orang tua, bahkan kadang-kadang pakcik juga disebut sebagai bapak, Allah berfirman ;
“Adakah kamu hadir ketika Ya’kub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika dia berkata kepada anak-anaknya:”Apa yang kamu sembah sepeninggalku”. Mereka menjawab:”Kami akan menyembah Tuhan-mu dan Tuhan bapak-bapakmu, Ibrahim, Isma’il, dan Ishaq, …”. [Al-Baqarah :133]
Sedangkan Ismai’il adalah pakcik kepada putra-putra Ya’qub.
[Lihat Al-Mufashal Fi Ahkamil Mar;ah 3/159]
Bahawasannya pakcik termasuk mahram adalah pendapat jumhur ulama’. Hanya saja imam Sya’bi dan Ikrimah, keduanya berpendapat bahawa pakcik bukan termasuk mahram karena tidak disebutkan dalam ayat (An-Nur 31), juga kerana hukum pakcik mengikuti hukum anaknya.”
(Lihat tafsir Ibnu Katsir 3/267, Tafsir Fathul Qodir 4/24, dan Tafsir Qurthubi 12/155)
Mahram Kerana Penyusuan
Perbahasan ini dibahagi menjadi beberapa fasal:
[a]. Definisi Hubungan Penyusuan
Persusuan adalah masuknya air susu seorang wanita kepada anak kecil dengan
syarat-syarat tertentu.
[Al Mufashol Fi Ahkamin Nisa' 6/235]
[Al Mufashol Fi Ahkamin Nisa' 6/235]
Sedangkan persusuan yang menjadikan
seseorang menjadi mahram adalah lima kali persusuan pada hadits daripada Aisyah
radhiallahu ‘anha.
“Termasuk yang di turunkan dalam Al-Qur’an bahwa sepuluh kali persusuan dapat mengharamkan (pernikahan) kemudian dihapus dengan lima kali persusuan.”
[HR Muslim 2/1075/1452, Abu Daud 2/551/2062, Turmudhi 3/456/1150 dan lainnya) Ini adalah pendapat yang rajih di antara seluruh pendapat para ulama'.
(Lihat Nailul Author 6/749, Raudloh Nadiyah 2/175]
[b]. Dalil Hubungan Mahram Dari
Hubungan Penyusuan.
Qur’an :” … Juga ibu-ibumu yang menyusui kamu serta saudara perempuan sepersusuan …”
[An-Nisa' : 23]
Sunnah :
Dari Abdullah Ibnu Abbas radliallahu ‘anhu berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda :
Dari Abdullah Ibnu Abbas radliallahu ‘anhu berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda :
“Diharamkan daripada penyusuan
apa-apa yang diharamkan daripada nasab.”
[HR Bukhari 3/222/2645 dan lainnya]
[HR Bukhari 3/222/2645 dan lainnya]
[c]. Siapakah Mahram Wanita Sebab
Penyusuan?
Mahrom kerana sebab penyusuan
seperti mahram dari nasab iaitu:
1. Bapak susuan (Suami ibu susu)
Termasuk juga datuk susuan aaitu bapak kepada bapak atau ibu susuan, juga bapak-bapak mereka ke atas.
2. Anak lelaki dari ibu susu
Termasuk di dalamnya adalah cucu dari anak susu baik lelaki mahupun perempuan. Juga anak keturunan mereka.
Termasuk di dalamnya adalah cucu dari anak susu baik lelaki mahupun perempuan. Juga anak keturunan mereka.
3. Saudara lelaki sepersusuan, baik kandung mahupun sebapak, atau seibu dulu.
4. Anak buah persusuan, baik dari saudara susu lelaki atau perempuan, juga
keturunan mereka
5. Pakcik persusuan (Saudara lelaki bapak atau ibu susu)
(Lihat Al Mufashol 3/160 dengan
beberapa tambahan)
Mahram Kerana Mushaharoh (Pernikahan)
[a]. Definisi Mushoharoh
Berkata Imam Ibnu Atsir; ” Shihr adalah mahram kerana pernikahan.” [An Niyah
3/63]
Berkata Syaikh Abdul Karim Zaidan; ”
Mahram wanita yang disebabkan mushoharoh adalah orang-orang yang haram bernikah
dengan wanita tersebut selam-lamanya seperti ibu tiri, menantu perempuan,
mertua perempuan.
[Lihat Syarah Muntahal Irodah 3/7]
[Lihat Syarah Muntahal Irodah 3/7]
[b]. Dalil Mahram Sebab Mushaharoh
Firman Allah:
“Dan janganlah menampakkan perhiasan
mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka,
atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka….” [An-Nur 31]
“Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu…” [An-Nisa' : 22]
“Diharamkan atas kamu (mengahwini)
…ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari
isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isteri
kamu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya;(dan
diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu);,…[An-Nisa :23]
[c]. Siapakah Mahram Wanita Dari
Sebab Mushaharoh
Ada lima yakni :
1. Suami
Berkata Imam Ibnu Katsir ketika manafsirkan friman Allah Ta’ala surat An Nur 31:
Berkata Imam Ibnu Katsir ketika manafsirkan friman Allah Ta’ala surat An Nur 31:
“Adapun suami, maka semua ini (bolehnya menampakkan perhiasan, perintah menundukkan pandangan dari orang lain-pent-) memang diperuntukkan baginya. Maka seorang istri berbuat sesuatu untuk suaminya yang tidak dilakukannya dihadapan orang lain.:
[Tafsir Ibnu Katsir 3/267]
2. Ayah Mertua (Ayah Suami)
Mencakupi ayah suami datuk dari ayah dan ibu suami juga bapak-bapak mereka ke atas. [Lihat Tafsir sa'di hal 515, Tafsir Fathul Qodir 4/24 dan Al-Qurthubi 12/154]
Mencakupi ayah suami datuk dari ayah dan ibu suami juga bapak-bapak mereka ke atas. [Lihat Tafsir sa'di hal 515, Tafsir Fathul Qodir 4/24 dan Al-Qurthubi 12/154]
3. Anak Tiri (Anak Suami Dari
Isteri Lain)
Termasuk anak tiri
adalah cucu tiri baik cucu dari anak tiri lelaki mahupun perempuan, begitu juga
keturunan mereka
[Lihat Tafsir Fathul Qodir 4/24 dan Al-Qurthubi 12/154]
[Lihat Tafsir Fathul Qodir 4/24 dan Al-Qurthubi 12/154]
4. Ayah Tiri (Suami Ibu Tapi Bukan
Bapak Kandungnya)
Maka haram bagi seorang wanita untuk dinikahi oleh ayah tirinya, kalau sudah berjima’ dengan ibunya. Adapun kalau belum maka hal itu dibolehkan
[Lihat Tafsir Qurthubi 5/74]
Maka haram bagi seorang wanita untuk dinikahi oleh ayah tirinya, kalau sudah berjima’ dengan ibunya. Adapun kalau belum maka hal itu dibolehkan
[Lihat Tafsir Qurthubi 5/74]
5. Menantu Laki-Laki (Suami putri
kandung) [Lihat Al Mufashol 3/162]
Dan kemahroman ini terjadi sekedar putrinya di akadkan kepada suaminya.
[Lihat Tafisr Ibnu Katsir 1/417]
Dan kemahroman ini terjadi sekedar putrinya di akadkan kepada suaminya.
[Lihat Tafisr Ibnu Katsir 1/417]
YANG DIANGAP MAHRAM PADAHAL BUKAN MAHRAM
1. Ayah Dan Anak Angkat.
Hal ini berdasarkan firman Allah :
“Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu.” [Al-Ahzab: 4]
Hal ini berdasarkan firman Allah :
“Dan Allah tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu.” [Al-Ahzab: 4]
2. Sepupu (Anak kepada
pakcik/makcik).
Hal ini berdasarkan firman Allah setelah menyebutkan jenis-jenis orang yang haram dinikahi:
Hal ini berdasarkan firman Allah setelah menyebutkan jenis-jenis orang yang haram dinikahi:
“Dan dihalalkan bagi kamu selain
yang demikian. [An-Nisa': 24]
Menjelaskan ayat tersebut, Syaikh
Abdur Rohman Nasir As-Sa’di berkata:
” Hal itu seperti sepupu (dari
sebelah ayah) dan sepupu(dari sebelah ibu)”. [Lihat Taisir Karimir Rohman hal
138-139]
3. Ipar.
Hal ini berdasarkan hadits berikut:
“Waspadailah oleh kalian daripada masuk kepada para wanita, berkatalah seseorang dari Anshar: “Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu kalau dia adalah Al-Hamwu (kerabat suami)? Rasulullah bersabda; “Al-Hamwu adalah merupakan kematian”.
[HR Bukhari; 5232 dan Muslim 2172]
Hal ini berdasarkan hadits berikut:
“Waspadailah oleh kalian daripada masuk kepada para wanita, berkatalah seseorang dari Anshar: “Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu kalau dia adalah Al-Hamwu (kerabat suami)? Rasulullah bersabda; “Al-Hamwu adalah merupakan kematian”.
[HR Bukhari; 5232 dan Muslim 2172]
Imam Baghawi berkata; ” Yang dimaksud di dalam hadits ini adalah saudara suami (ipar) kerana dia tidak termasuk mahram bagi si isteri. Dan seandainya yang dimaksudkan adalah mertua sedangkan dia termasuk mahram, lantas bagaimanakah pendapatmu terhadap orang yang bukan mahram?” Lanjutnya: “Maksudnya, waspadalah terhadap saudara ipar sebagaimana engkau waspada dari kematian”.
4. Mahram Lakonan.
Kebiasaan yang sering terjadi, apabila ada seorang wanita ingin bepergian jauh seperti berangkat haji, dia mengangkat seorang lelaki yang ‘berlakon’ sebagai mahram sementaranya. Ini merupakan musibah yang sangat besar. Bahkan Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani menilai di dalam Hajjatun Nabi (hal 108) ;
“Ini termasuk bid’ah yang sangat keji, sebab tidak samar lagi padanya terdapat hiyal (penipuan) terhadap syari’at. Dan merupakan tangga kemaksiatan”.
Diharapkan huraian serba ringkas ini dapat memberi kefahaman kepada tuan-tuan InsyaAllaah.
Kebiasaan yang sering terjadi, apabila ada seorang wanita ingin bepergian jauh seperti berangkat haji, dia mengangkat seorang lelaki yang ‘berlakon’ sebagai mahram sementaranya. Ini merupakan musibah yang sangat besar. Bahkan Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani menilai di dalam Hajjatun Nabi (hal 108) ;
“Ini termasuk bid’ah yang sangat keji, sebab tidak samar lagi padanya terdapat hiyal (penipuan) terhadap syari’at. Dan merupakan tangga kemaksiatan”.
Diharapkan huraian serba ringkas ini dapat memberi kefahaman kepada tuan-tuan InsyaAllaah.
No comments:
Post a Comment