Bismillahirrahmanirrahim, segala
pujian kehadrat Tuhan Pentadbir semesta alam. Selawat dan salam atas junjungan
Rasulullah saw.
Sepintas lalu
Tujuan penulisan ini adalah sebagai wadah memaparkan pemahaman yang jelas terhadap agama Yahudi dan Kristian. Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa dunia Islam tidak mampu memencilkan diri daripada pengaruh dua agama tersebut. Setiap hari kita akan berhadapan dengan pengaruh mereka, secara rela atau terpaksa. Tambahan, isu orang Melayu yang ingin dan sudah murtad daripada agama Islam semakin panas. Perlu kita menghadapi isu ini dengan melengkapkan diri kita dengan ilmu. Pertama ilmu agama Islam yang sebenar. Kedua, ilmu dalam memahami apa sebenarnya Yahudi dan Kristian.
Salah satu panggilan yang wujud dalam Al Quranul Karim terhadap golongan Yahudi dan Kristian adalah Ahli Kitab. Satu pangggilan yang cukup terhormat yang diberikan kepada dua golongan berkenaan. Umat Islam sering keliru tentang apa sebenarnya Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa as, Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud as dan juga Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as. Adakah apa yang ada didalam tangan dua golongan ini sekarang sebenarnya Taurat, Zabur dan Injil seperti yang diceritakan dalam Al Quran?
Semoga tulisan yang serba ringkas
ini dapat membantu para pembaca dalam memahami apa sebenarnya yang berada dalam
simpanan Yahudi dan Kristian masa kini. Saya berharap tulisan ini yang terhasil
daripada ilmu dan kajian yang serba kekurangan akan membolehkan kita berkongsi
ilmu dan memantapkan jiwa kita dengan aqidah Islam yang murni dalam cabaran
terkini terhadap umat Melayu Islam.
Definisi Bible
Kita perlu fahami maksud Bible itu terlebih dahulu. Apabila kita mengkaji dan membaca Bible Kristian, maka kita akan mengalami sedikit kekeliruan. Ia bukan satu kitab menceritakan seluruh kepercayaan dan ajaran Kristian sahaja, tetapi ada bahagian yang secara jelas merujuk kepada ajaran agama Yahudi. Bahagian yang merujuk kepada agama Yahudi dinamakan sebagai Kitab Perjanjian Lama (The Old Testament Book). Ia diletakkan di bahagian yang lebih awal daripada bahagian yang dinamakan Kitab Perjanjian Baru (The New Testament Book). Cuma dalam Kitab Perjanjian Baru yang mengandungi kisah naratif Jesus Christ (Nabi Isa as) beserta seluruh ajaran dan hujah-hujah agama Kristian sendiri. Namun, kedua-dua bahagian ini diisytiharkan sebagai seluruh Bible Kristian.
Perkataan bible itu sendiri
adalah terjemahan asal daripada bahasa Latin yang bersumber daripada perkataan
Greek, biblia. Biblia ini merujuk kepada perkataan 'papyrus' atau
helaian kertas yang dibawa masuk dari pelabuhan kuno Phoenicia, kota Biblos.
Penggunaan perkataan biblos merujuk kepada satu kumpulan tulisan. Bible pada asalnya
hanya bermaksud himpunan penulisan.
Kitab Perjanjian Lama / Tanakh
Seterusnya mari kita lihat kepada
Kitab Perjanjian Lama. Kesemua buku-buku yang terkandung dalam bahagian Kitab
Perjanjian Lama adalah berkaitan dengan ajaran agama Yahudi. Ianya telah
dikarang dalam suatu jarak masa yang panjang dan oleh pelbagai penulis.
Dikatakan asalnya telah dikarang dalam bahasa Ibrani (dalam inggerisnya adalah
Hebrew), sebahagian yang sedikit dalam bahasa Aramaic. Versi golongan
Yahudi hanya ada 39 buah karangan dalam bentuk susunan buku.
Ini serupa dengan susunan Bible
Kristian mazhab Protestant. Namun, dalam Bible Kristian Roman Katolik dan Greek
Ortodoks, kita akan dapati jumlahnya adalah 46 buah buku. Buku tambahan
sebanyak 7 buah dipanggil Apocrypha oleh Protestant tetapi dipanggil Deuterocanonical
oleh Roman Katolik. Apa bezanya? Apocrypha berasal daripada bahasa Greek
(bahasa melayu juga memanggil Greek sebagai Yunani) maksudnya tersembunyi
(Greek: apokryphos), sementara Deuterocanonical bermaksud Canon
Kedua, (Greek: deutero-kedua, canonical-yang diterima sah).
Bagaimana ini boleh terjadi? Kenapa
perlu ada dua versi yang amat berlainan menunjukkan perbezaan jumlah buku yang
bukan sedikit, tetapi 7 buah buku?
Jawapannya terdapat dalam sejarah pengumpulan
dan terjemahan kitab itu sendiri. Kitab Perjanjian Lama yang dipakai oleh
golongan awal Kristian seperti Katholik dan Greek Ortodoks bukan berasal
daripada versi bahasa Ibrani, tetapi versi terjemahan ke bahasa Greek yang
dinamakan Septuagint (septuagint dalam bahasa Greek membawa maksud tujuh
puluh). Versi Septuagint adalah hasil kerja daripada era Hellenistik-Yahudi,
yang diterjemah dan disusun pada abad 3
Sebelum Masihi. Manuskrip yang besar
ialah Codex Vaticanus (di Perpustakaan Vatican), Codex Sinaiticus
dan Codex Alexandrinus (keduanya terdapat di Muzium British). Manuskrip
tersebut adalah sebagai bukti sejarah.
Satu teks manuskrip telah yang
dijumpai dan dikatakan paling jelas dengan versi bahasa Ibrani kuno adalah teks
Masoretic. Teks salinan ini adalah yang berasal daripada teks bahasa
Ibrani yang telah disusun sebelum ini. Hingga hari ini, penerbitan Kitab Bible
Yahudi yang diterima oleh penganut Yahudi adalah daripada teks Masoretic
yang telah disiapkan pada tahun 1088 Masihi. Tambahan tujuh kitab hanya wujud
dalam versi Septuagint yang dalam bahasa Greek dan bukan dalam versi Masoretic.
Susunan dan kategori buku-buku kitab
perjanjian lama juga berbeza antara penganut Yahudi dan Kristian. Golongan
Yahudi tidak menerima dan tidak mengakui kesahihan kitab perjanjian baru sama
sekali. Kitab mereka hanya ada dibahagi kepada kategori seperti berikut:
1. Torah (Hukum; juga disebut sebagai 'kitab-kitab yang
disandarkan kepada nabi Musa a.s.'),
2. Nebiim (Nabi-nabi/Anbia) dibahagi kepada Earlier (awal); Latter
(kemudian)
3. Ketubim (Tulisan).
(sila rujuk carta A untuk
kerterangan)
Orang Yahudi memanggil kitab suci
mereka sebagai Tanakh. Ianya singkatan daripada tiga pembahagian di atas, torah
– ta, Nebiim – na dan Ketubim – kh.
Kategori dalam Bible Kristian pula
meletakkan buku-buku kitab perjanjian lama kepada
1. Pentateuch, (serupa
seperti Torah),
2. Historical (sejarah)
3. Wisdom (hikmah; golongan
Katolik) atau Poetical (Puisi; golongan Protestant)
4. Prophetical
Isu Kitab Perjanjian Lama ini
sendiri menarik untuk dibahaskan dengan lebih terperinci. Torah adalah
dalam bahasa Ibrani, diertikan sebagai peraturan, hukum atau perundangan. Namun
Torah yang wujud hari ini mengandungi lima buku iaitu Genesis, Exodus,
Leviticus, Numbers dan Deuteronomy.
Carta A
Tanakh (Kitab Bible Yahudi versi
Masoretic)
Torah
|
Nebiim
|
Ketubim
|
||
Earlier
|
Latter
|
|||
1
|
Genesis
|
Joshua
|
Isaiah
|
Psalms
|
2
|
Exodus
|
Judges
|
Jeremiah
|
Proverbs
|
3
|
Leviticus
|
1 Samuel
|
Ezekiel
|
Job
|
4
|
Numbers
|
2 Samuel
|
Hosea
|
Song of Songs
|
5
|
Deuteronomy
|
1 Kings
|
Joel
|
Ruth
|
6
|
2 Kings
|
Amos
|
Lamentations
|
|
7
|
Obadiah
|
Ecclesiastes
|
||
8
|
Jonah
|
Esther
|
||
9
|
Micah
|
Daniel
|
||
10
|
Nahum
|
Ezra
|
||
11
|
Habakkuk
|
Nehemiah
|
||
12
|
Zephaniah
|
1 Chronicles
|
||
13
|
Haggai
|
2 Chronicles
|
||
14
|
Zechariah
|
|||
15
|
Malachi
|
|||
Jumlah keseluruhan buku ialah 39
buku
|
Orang Yahudi menyatakan keseluruhan Torah
yang ada pada mereka adalah hasil karangan Nabi Musa as yang asli yang
diwahyukan oleh Tuhan. Ini lah yang menjadi intipati kepada perdebatan antara
Yahudi dan Islam. Pihak Islam menolak Torah Yahudi hari ini sebagai Taurat yang
asli murni daripada Allah swt yang disebut dalam Al Quran.
Malah, para pengkaji Bible juga
telah menolak dakwaan Yahudi ini atas beberapa alasan. Pertama, wujudnya
catatan kisah wafat nabi Musa as. Bagaimana orang yang sudah wafat mampu
menulis kisah bagaimana dia wafat dan dikuburkan? Kedua, kenapa tidak
dinyatakan nama Firaun yang sebenarnya? Bukankah Nabi Musa as kenal benar siapa
nama Firaun yang membesarkannya itu dan juga Firaun yang mengejar semasa bani
Israel melarikan diri dari Mesir? Tiada langsung catatan jelas tentang siapa
identiti Firaun yang telah tenggelam mati akibat azab Allah swt itu. Jadi
mustahil Nabi Musa as yang mencatitkan kisah itu dalam Torah yang wujud
hari ini.
Antara hujah yang menafikan Torah
yang ada hari ini dalam bentuk yang asli adalah kerana kajian berkenaan sumber
dan corak bahasa dalam Torah itu sendiri. Kajian menunjukkan terdapat bukan
satu corak penulisan tetapi sekurang-kurangnya dua. Ini berdasarkan penggunaan
nama Tuhan yang berbeza. Yang pertama, menggunakan Yahweh dan kedua pula
memakai Elohim sebagai panggilan Tuhan. Kedua, ada pengulangan naratif yang
sama tetapi berbeza pula catitan faktanya. Itu adalah sebahagian daripada
dalil-dalil yang menunjukkan jelas bukan lagi asli Torah yang ada pada
golongan Yahudi hari ini.
Golongan Yahudi juga memiliki sebuah
lagi kitab yang dikenali sebagai Talmud. Apa sebenarnya Talmud ini? Orang
Yahudi sejak dahulu lagi mempercayai ada dua bentuk Torah. Satu dalam
bentuk karangan dan satu lagi berbentuk lisan. Menurut riwayat Yahudi, Torah
lisan wujud selari bersama Torah tulisan, namun tidak dibenarkan ditulis.
Apabila kaum Yahudi telah diusir dari Jerusalem dan Haikal Suci (bahasa
inggeris menamakannya Holy Temple) dimusnahkan oleh tentera Rom, wujud
tindakan nekad menulis Torah lisan ini oleh pemuka-pemuka agama mereka. Pemuka
agama Yahudi yang pertama bertanggungjawab menulis Torah lisan ini adalah Rabbi
Judah the Prince (Ha-Nasi).
Tulisan Torah lisan berbentuk
penerangan atau perbahasan disebut sebagai Mishnah. Pentafsiran dan
huraian kepada Mishnah ini dipanggil Gemara.
No comments:
Post a Comment