Thursday 9 August 2012

Ramadhan Malam ke 21

Alhamdulillah semalam di masjid kubu gajah buat taraweh 8 rajaat bagi memberi ruang kepada ustaz berceramah dan di hidangkan dgn jamuan yang telah di infaq oleh seorang hamba Allah.

Kebiasaannya di masjid tu buat 20 rakaat dan pada 10 malam akhir ni saya kena tidur awal untuk dapat tenaga tambaha. Biasalah di mana-mana masjid pun sama akan berlaku fenomena yang sama. Pada awalnya bertambah, pertengahan mula berkurangan dan akhirnya lagi berkurangan hanya insan yang terpilih sahaja yang akan menambahkan ibadatnya disaat akhir ramadhan. Melainkan Masjidil Haram & Masjid Nabawi yang pada awal ramadhan 1 juta manusia dan pada akhirnya bertambah sehingga 4 juta manusia.

Wahai saudaraku rebutlah peluang untuk sembahyang berjemaah & beriktikaf di masjid bukan sahaja di bulan ramadhan malah sampai seumur hidup kita kerana kamu tidak akan ketemu masjid lagi setelah kamu mati hatta didalam syurga kerana amal ibadat secara berjemaah itu hanya boleh di lakukan hanya ketika kamu di dunia ini sahaja yang akan meninggikan darjat kamu di akhirat kelak

Tepat pukul 2.15am hafsah mengejutkan saya, Allaah segar badan rasanya walaupun masa tidur hanya 4 jam itu sudah memadai..sambil bersolah kebiasaannya hafsah akan membuka tv  bagi untuk mendengar siaran lansung taraweh di masjidil haram...apabila memandan slot masjidil haram pun sudah mencukupi untuk menghilangkan rindu untuk beribadat disana..subhanahAllaah

Ammar & Zayd bulan ramdhan ni adalah pesta bagi depa..ummi dan abi tak tidur..depa pun sama tak tidur dok main. Alhamdulillah nampak banyak perubahan pada Ammar walaupun baru berumur 2 thn tapi minatnya pada agama nampak pada riak wajahnya apabila setiap kali dia mendengar bacaan Al Quran tidak kira di TV, radio maupun sewaktu saya membacanya...subhanaAllaah benarlah kata-kata hukamah" anak itu dilahirkan seperti kain yang putih ibu bapalah yang b/jawab mencorakkan mereka samada menjadi Muslim, nasrani, yahudi ataupun majusi"

Tapi malam tadi saya rasa seperti ada kelainan semasa bersolah suasana diluar rumah agak sunyi , sekali sekala terasa tiupan bayu menghembus badan yang hina ini..

Malam yang selama ini terasa panjang menjadi singkat apabila diri ini disibukkan dengan ibadat. Seorang hamba yang hina merintah memohon ampun kepada Allaah ta3ala agar diberikan keselamatan dunia & akhirat & mendoakan keselamatan saudara muslim yang sedang berjuang di Syria dan seluruh alam.

Pada mulanya saya membaca doa yang telah ditulis agar tidak lupa apa yang dihajatkan tetapi saya rasa seperti tidak ada roh dengan berdoa berpandukan kertas..so saya buat keputusan tinggalkan membaca doa berpandukan pada kertas dan berdoa seperti dulu apa yang terlintas didalam fikiran itu yang akan saya lafazkan. Sungguh saya dapat merasai kemanisan berdoa dan keikhlasan keluar di dalam benak hati ini.




No comments:

Post a Comment