Wednesday 8 August 2012

Dapat Bonus Raya

Pada Awal bulan ramadhan terdengar desas-desus ramadhan kali ini kemungkinan syarikat tidak akan memberi bonus kerana ekonomi yang agak lembab .

"la hawla wala quwwata illa billah tak pe itu cuma sekadar berita tapi hati ni terasa sedih juga, sudah hampir 5 tahun setiap kali bulan ramadhan je syarikat kami akan memberi bonus untuk meringankan bebanan pekerja sempena hari raya tapi semua duit bonus tu saya simpan ke dalam account TH sebagai  bekalan untuk melaksanakan haji pada 2010 tapi tidak mengapa berdoa je kepada Allaah, Allaah yang mampu mengubah segala-galanya.

Alhamdulillah sebelum memulakan solat zohor di masjid tadi sahabat saya, hj manan telah memaklumkan esok jumaat insyaAllaah kami akan dapat bonus...sujud syukur.

Tahun kali ini saya telah berjanji untuk memberi sebahagia bonus itu kepada hafsah untuk membeli pakain hafsah dan anak-anak kesian hafsah selama 7 tahun kami berkahwin saya tidak pernah war-warkan dan memberi sedikit pun kepadanya kerana demi untuk melaksanakan tuntutan agama mesti didahulukan untuk melaksanakan ibadah Haji sebab dari segi hukum akal dan fiqh memang saya sudah berkemampuan pun..kereta tiada hutang rumah sudah ada, anak-anak masih kecil dan wang simpanan pun sudah mencukupi.

Dan bonus yang saya dapat bulan ini adalah untuk saya sempurnan segala janji-janji saya dulu kepada hafsah sebab saya pernah berjanji setelah saya sempurnakan Haji baru duit bonus yang akan datang saya akan beri kepadanya

Baru-baru ini ummi pulak call nak minta sumbangan sikit so dapatlah saya sempurnakan hajat ummi bagi memberi sedikit sumbangan  untuk  majlis perkahwinan Afzah itu nanti pada 25-9-12  .....Alhamdulillah.

Hari ni hati saya berasa tenteram cuma otak selalu berfikir akan keselamatan saudara kita di syria..semoga Allaah membantu saudara kami disana dan memberi kemenangan kepada pejuang muslimin Ameen

1 comment: