Monday 2 July 2012

Keberkatan Doa Dapat Menghindarkan Malapetaka

 Semalam terjadi lagi peristiwa kenderaan saya kehabisan minyak, disebabkan meter minyak saya dah rosak .....so saya isi minyak mengikut hari secara berselang dan tawakkal illaAllaah tapi semalam atas kelemahan saya, saya telah lupa untuk mengisinya namun Alhamdulillaah...Alhamdulillah....Alhamdulillah  dengan bantuan Allaah sudah 3 kali peristiwa yang sama telah berlaku keatas saya dimana kenderaan saya tetap akan berhenti bergerak betul-betul di hadapan station pump minyak....masyaAllaah tabarakaAllaah...saya syukur sangat kepada Allaah kerana Allah telah selamatkan saya

Pernah peristiwa semasa bujang dulu saya menaiki motor untuk pulang ke kampung di rembau melalui Plus highway dekat dgn simpang tol bandar sri putra bangi tiba-tiba motor saya jammed...Allaah masa tu tepat pukul 12 t/hari dengan panas terik...saya dah panik pasai mana nak cari kedai motor di tengah2x highway lagu tu..dalam hati berdoa x putus-putus sambil termenung bbir membaca " hasbunallah wanikmal wakil" saya memang tawakkal kepada Allaah 100%...Alhamdulillah ada seorang hamba Allaah yang mulia ini telah berhenti dan memberi bantuan kepada saya dengan menolak motor skuter saya sampai ke pekan Nilai...perjalanan yang agak jauh juga saya ingat lebih kurang 10km dengan perjalanan yang banyak dengan berbukit-bukit dan saya tau kaki dia sudah kebas tapi dia tetap mahu menolak skuter saya tanpa meminta apa-apa bayaran pun ..kebetulan ibu saudara saya tinggal di kg kondok akhirnya dia tolong tolak skuter saya sampai ke situ... masyaAllaah tabarakaAllaah mulianya hati abg ni... sampai lani saya masih ingat lagi wajah abg tu walaupun saya dah lupa namanya dan setiap kali saya teringat kat mereka yang pernah membantu saya, pasti saya akan doakan keatas mereka:

"Ya Allaah, kau ampunilah segala dosa2x hambuMu yang pernah membantu aku ketika aku didalam kesulitan walaupun dengan hanya memberi seteguk air ya Allaah, peliharalah mereka daripada nerakaMu Kau limpahilah mereka dengan rahmatMu ya Allaah agar mereka dapat memasuki syurgaMu ya Allaah, sesungguhnya aku menjadi saksi diatas setiap kebajikan yang telah mereka lakukan keatas diriku ya Allaah"....Ameen ya Rabbil 'Alamin.


Doa ini amat baik kalau dibaca setiap kali sebelum keluar ataupun waktu pagi. InsyaAllaah dijauhkan dari sebarang malapetaka untuk kita yg musafir juga keluarga yg tinggal dirumah:

سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ . وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ


(Az-Zukhruf : 13-14)

  (Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!)

Bismillahi tawakkaltu ‘alallah laa hawla wa laa quwwata illa billah
(Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Nya).





بسم الله الذي لا يضّر مع إسمه شىء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم


Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syai’un fil ardi walaa fissama’ii, Wa huwassami ul ‘alim. (3x)
(Aku berlindung dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya apa sahaja di bumi dan langit, Dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui)..

  
أعوذ بكلمات الله التامَّات من شر ما خلق

"A'uudzubikalimaatillahit tammati min syarri ma khuliqa, (3x)
"Aku berlindung dengan kalimat Allah yg Maha Sempurna dari segala kejahatan apa yang Dia ciptakan."


 أُعِيذُكَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِن كُلِّ شَيطَانٍ وَهَامَّة ، وَمِن كُلِّ عَينٍ لَامَّةٍ
“A’udhuka bi kalimaat-Allaah il-taammah min kulli shaytaanin wa haammah wa min kulli ‘aynin laammah (3x)
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari setiap syaitan, binatang berbisa, dan dari setiap mata yang jahat."

No comments:

Post a Comment