Sunday, 12 August 2012

Free Syria



Kekejaman bashar al-assad dan regimnya telah sampai ke muncaknya...UN & Nato hanyalah boneka yahudi bertopengkan keamanan...mereka ada kekuatan senjata dan rakan sekutu untuk menghancurkan Islam...Kita ada Allaah....our victory is near insyaAllaahu ta3ala

http://sooria.org/photos/108


Thursday, 9 August 2012

Ramadhan Malam ke 21

Alhamdulillah semalam di masjid kubu gajah buat taraweh 8 rajaat bagi memberi ruang kepada ustaz berceramah dan di hidangkan dgn jamuan yang telah di infaq oleh seorang hamba Allah.

Kebiasaannya di masjid tu buat 20 rakaat dan pada 10 malam akhir ni saya kena tidur awal untuk dapat tenaga tambaha. Biasalah di mana-mana masjid pun sama akan berlaku fenomena yang sama. Pada awalnya bertambah, pertengahan mula berkurangan dan akhirnya lagi berkurangan hanya insan yang terpilih sahaja yang akan menambahkan ibadatnya disaat akhir ramadhan. Melainkan Masjidil Haram & Masjid Nabawi yang pada awal ramadhan 1 juta manusia dan pada akhirnya bertambah sehingga 4 juta manusia.

Wahai saudaraku rebutlah peluang untuk sembahyang berjemaah & beriktikaf di masjid bukan sahaja di bulan ramadhan malah sampai seumur hidup kita kerana kamu tidak akan ketemu masjid lagi setelah kamu mati hatta didalam syurga kerana amal ibadat secara berjemaah itu hanya boleh di lakukan hanya ketika kamu di dunia ini sahaja yang akan meninggikan darjat kamu di akhirat kelak

Tepat pukul 2.15am hafsah mengejutkan saya, Allaah segar badan rasanya walaupun masa tidur hanya 4 jam itu sudah memadai..sambil bersolah kebiasaannya hafsah akan membuka tv  bagi untuk mendengar siaran lansung taraweh di masjidil haram...apabila memandan slot masjidil haram pun sudah mencukupi untuk menghilangkan rindu untuk beribadat disana..subhanahAllaah

Ammar & Zayd bulan ramdhan ni adalah pesta bagi depa..ummi dan abi tak tidur..depa pun sama tak tidur dok main. Alhamdulillah nampak banyak perubahan pada Ammar walaupun baru berumur 2 thn tapi minatnya pada agama nampak pada riak wajahnya apabila setiap kali dia mendengar bacaan Al Quran tidak kira di TV, radio maupun sewaktu saya membacanya...subhanaAllaah benarlah kata-kata hukamah" anak itu dilahirkan seperti kain yang putih ibu bapalah yang b/jawab mencorakkan mereka samada menjadi Muslim, nasrani, yahudi ataupun majusi"

Tapi malam tadi saya rasa seperti ada kelainan semasa bersolah suasana diluar rumah agak sunyi , sekali sekala terasa tiupan bayu menghembus badan yang hina ini..

Malam yang selama ini terasa panjang menjadi singkat apabila diri ini disibukkan dengan ibadat. Seorang hamba yang hina merintah memohon ampun kepada Allaah ta3ala agar diberikan keselamatan dunia & akhirat & mendoakan keselamatan saudara muslim yang sedang berjuang di Syria dan seluruh alam.

Pada mulanya saya membaca doa yang telah ditulis agar tidak lupa apa yang dihajatkan tetapi saya rasa seperti tidak ada roh dengan berdoa berpandukan kertas..so saya buat keputusan tinggalkan membaca doa berpandukan pada kertas dan berdoa seperti dulu apa yang terlintas didalam fikiran itu yang akan saya lafazkan. Sungguh saya dapat merasai kemanisan berdoa dan keikhlasan keluar di dalam benak hati ini.




Wednesday, 8 August 2012

Dapat Bonus Raya

Pada Awal bulan ramadhan terdengar desas-desus ramadhan kali ini kemungkinan syarikat tidak akan memberi bonus kerana ekonomi yang agak lembab .

"la hawla wala quwwata illa billah tak pe itu cuma sekadar berita tapi hati ni terasa sedih juga, sudah hampir 5 tahun setiap kali bulan ramadhan je syarikat kami akan memberi bonus untuk meringankan bebanan pekerja sempena hari raya tapi semua duit bonus tu saya simpan ke dalam account TH sebagai  bekalan untuk melaksanakan haji pada 2010 tapi tidak mengapa berdoa je kepada Allaah, Allaah yang mampu mengubah segala-galanya.

Alhamdulillah sebelum memulakan solat zohor di masjid tadi sahabat saya, hj manan telah memaklumkan esok jumaat insyaAllaah kami akan dapat bonus...sujud syukur.

Tahun kali ini saya telah berjanji untuk memberi sebahagia bonus itu kepada hafsah untuk membeli pakain hafsah dan anak-anak kesian hafsah selama 7 tahun kami berkahwin saya tidak pernah war-warkan dan memberi sedikit pun kepadanya kerana demi untuk melaksanakan tuntutan agama mesti didahulukan untuk melaksanakan ibadah Haji sebab dari segi hukum akal dan fiqh memang saya sudah berkemampuan pun..kereta tiada hutang rumah sudah ada, anak-anak masih kecil dan wang simpanan pun sudah mencukupi.

Dan bonus yang saya dapat bulan ini adalah untuk saya sempurnan segala janji-janji saya dulu kepada hafsah sebab saya pernah berjanji setelah saya sempurnakan Haji baru duit bonus yang akan datang saya akan beri kepadanya

Baru-baru ini ummi pulak call nak minta sumbangan sikit so dapatlah saya sempurnakan hajat ummi bagi memberi sedikit sumbangan  untuk  majlis perkahwinan Afzah itu nanti pada 25-9-12  .....Alhamdulillah.

Hari ni hati saya berasa tenteram cuma otak selalu berfikir akan keselamatan saudara kita di syria..semoga Allaah membantu saudara kami disana dan memberi kemenangan kepada pejuang muslimin Ameen

Monday, 16 July 2012

Hasil Kajian: Bible Yahudi Dan Kristian (bahagian akhir)



Setiap manusia mempunyai akal fikiran. Namun tidak semua manusia mampu menggunakan sepenuhnya kemampuan akal mereka untuk membezakan antara yang benar dan yang salah. Malah sebahagian manusia mungkin tidak berani, atau tidak mahu, atau tiada masa untuk berfikir mengenai sejauh manakah agama yang dianutinya itu adalah 'satu kebenaran' dan boleh 'dipercayai'.

Mungkin ada yang berfikir "biarlah ahli-ahli kitab saja yang mengkaji Bible, dan mengubah mana yang patut..". Pemikiran seperti ini tidak sepatutnya berlaku kalau kebenaranlah yang hendak dicari.

Kebenaran adalah suatu perkara yang cukup objektif. Ia bukan sesuatu yang boleh diagak-agak. Percaya bahawa sesuatu perkara itu 'benar' sedangkan fakta-faktanya bercanggah antara satu sama lain adalah satu kepercayaan yang tidak boleh dianggap bijak. Sebagai contoh, jika A menyatakan bahawa sebiji bola yang berada di atas meja itu berwarna putih sedang B menyatakan bola yang sama itu berwarna hitam, amatlah tidak wajar untuk kita memberi pendapat bahawa "kenyataan A dan B itu adalah benar kedua-duanya".

Sebagai manusia yang berakal, seharusnya kita mampu menimbang dengan akal yang sihat dan membuat keputusan yang waras lagi jujur, sama ada untuk menerima kedua-dua pendapat itu, atau menolak salah satu, atau menolak kedua-duanya.

Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al Kitab (Taurat), kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga. Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan. (Surah Al Baqarah: 78-79)

(Tetapi) karena mereka (yakni Yahudi) melanggar janjinya, Kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merobah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkanlah mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
Dan di antara orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya kami ini orang-orang Nasrani", ada yang telah Kami ambil perjanjian mereka, tetapi mereka (sengaja) melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diberi peringatan dengannya; maka Kami timbulkan di antara mereka permusuhan dan kebencian sampai hari kiamat. Dan kelak Allah akan memberitakan kepada mereka apa yang selalu mereka kerjakan.
(Surah Al Maidah : 13-14)

(Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu; mereka merobah perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. Mereka mengatakan: "Jika diberikan ini (yang sudah dirobah-robah oleh mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini, maka hati-hatilah" Barang siapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatu pun (yang datang) daripada Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak menyucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar. (Surah Al Maidah:41)

Allah swt telah mendedahkan kepada kita sikap terkutuk golongan kufur dari kaum Yahudi dan Nasrani yang sanggup bersikap curang dan menjual agama dengan harga yang murah. Malah dalam Kitab Perjanjian Lama, terdapat ayat-ayat yang jelas mengakui kejahatan golongan kufur di kalangan Yahudi yang sanggup mengubah, meminda atau menghapuskan mana-mana ayat atau perkataan mengikut hawa nafsu mereka semata-mata.

Berani benar kamu berkata bahwa kamu bijaksana, dan tahu hukum-hukum-Ku! Coba lihat bagaimana hukum-hukum-Ku itu diubah oleh ahli-ahli agama yang curang! (Jeremiah 8: 8)

Kitab Bible yang wujud hari ini jelas telah menerima padah atas kejahatan golongan kufur yang sanggup berbuat dusta dan khianat atas nama Allah swt. Mereka dengan sengaja melakukan demikian kerana mengharapkan ganjaran dunia. Maka tidak hairan untuk kita membaca terdapat begitu banyak kesalahan, percanggahan atau perselisihan fakta dan keterangan dalam Bible pada hari ini. Moga kita berupaya jadikan bukti untuk menyatakan dengan jelas bahawa Bible yang wujud pada hari ini adalah telah tercemar oleh tangan manusia yang berbuat dusta kepada Allah swt.

Berikut adalah beberapa percanggahan yang terdapat dalam Bible untuk renungan kita semua:

1. Siapa yang menggerakkan Nabi Daud as untuk mengira (melakukan bancian) lelaki yang berjuang untuk Israel?

  • Tuhan (2 Samuel 24: 1)
  • Syaitan (I Chronicles 2 1:1)
2. Berapa orang lelaki yang berjuang terdapat dalam Israel?
  • Lapan ratus ribu (2 Samuel 24:9)
  • Satu juta, satu ratus ribu (I Chronicles 21:5)
3. Berapa ramai pejuang lelaki di Judah?
  • Lima ratus ribu (2 Samuel 24:9)
  • Empat ratus dan tujuh puluh ribu (I Chronicles 21:5)
4. Berapa tahun kemarau yang diancam oleh 'rasul' diutus oleh Tuhan kepada Nabi Daud as?
  • Tujuh tahun (2 Samuel 24:13)
  • Tiga tahun (I Chronicles 21:12)
5. Berapakah usia Ahaziah apabila dia memerintah Jerusalem?
  • Dua puluh dua tahun (2 Kings 8:26)
  • Empat puluh dua tahun (2 Chronicles 22:2)
6. Berapakah usia Jehoichin apabila dia menjadi raja di Jerusalem?
  • Lapan belas tahun (2 Kings 24:8)
  • Lapan tahun (2 Chronicles 36:9)
7. Berapa lama Jehoichin memerintah Jerusalem?
  • Tiga bulan (2 Kings 24:8)
  • Tiga bulan dan sepuluh hari (2 Chronicles 36:9)
8. Ketua tentera nabi Daud telah menggunakan tombaknya dan membunuh berapa ramai orang dalam satu masa?
  • Lapan ratus orang
Inilah nama para perwira Daud yang termasyhur: Yang pertama ialah Ishbaal, orang Hakhmoni, pemimpin "Kelompok Tiga" (Triwira). Pernah dalam satu pertempuran ia melawan delapan ratus orang dan menewaskan mereka semua dengan tombaknya. (2 Samuel 23:8)
  • Tiga ratus orang
Perwira yang pertama ialah Yasobam orang Hakhmoni, ia pemimpin "Triwira". Pernah dalam satu pertempuran ia melawan 300 orang dan menewaskan mereka semua dengan tombaknya. (I Chronicles 11: 11)

9. Bilakah Nabi Daud as telah membawa Tabut ke Jerusalem? Sebelum atau sesudah mengalahkan Philistines?
  • Sesudah (2 Samuel 5 and 6)
  • Sebelum (I Chronicles 13 and 14)
10. Berapa pasangan binatang yang Tuhan perintahkan Nabi Nuh as bawa ke bahtera?
  • Dua (Genesis 6:19, 20)
  • Tujuh (Genesis 7:2). Tetapi walaupun arahan ini dibuat, hanya dua pasangan yang dibawa ke bahtera(Genesis 7:8-9)
11. Apabila Nabi Daud as mengalahkan Raja Zobah, berapa ramai pasukan berkuda yang ditawan?
  • Satu ribu dan tujuh ratus orang (2 Samuel 8:4)
  • Tujuh ribu orang (I Chronicles 18:4)
12. Berapa bilangan bangsal kuda milik Nabi Sulaiman as?
  • Empat puluh ribu (I Kings 4:26)
  • Empat ribu (2 Chronicles 9:25)
13. Pada tahun keberapa pemerintahan Raja Asa, maka Baasha, Raja Israel mati?
  • Tahun ke dua puluh enam (I Kings 15:33 - 16:8)
  • Masih hidup pada tahun ke dua puluh enam (2 Chronicles 16:1)
14. Berapa ramai penyelia yang Nabi Sulaiman as lantik dalam kerja pembinaan Haikal?
  • Tiga ribu enam ratus (2 Chronicles 2:2)
  • Tiga ribu tiga ratus (I Kings 5:16)
15. Daripada orang Israel yang dibebaskan daripada tawanan orang Babylon, berapa ramai ahli keluarga Pahrath-Moab?
  • Dua ribu lapan ratus dan dua belas orang (Ezra 2:6)
  • Dua ribu lapan ratus dan lapan belas orang (Nehemiah 7:11)
16. Berapa ramai anak Zattu?
  • Sembilan ratus dan empat puluh lima (Ezra 2:8)
  • Lapan ratus dan empat puluh lima (Nehemiah 7:13)
17. Berapa ramai anak Azgad?
  • Satu ribu dua ratus dan duapuluh dua (Ezra 2:12)
  • Dua ribu tiga ratus dan dua puluh dua orang (Nehemiah 7:17)
18. Berapa ramai anak Adin?
  • Empat ratus dan lima puluh (Ezra 2:15)
  • Enam ratus dan lima puluh lima (Nehemiah 7:20)
29. Berapa ramai anak Hashum?
  • Dua ratus dan dua puluh tiga orang (Ezra 2:19)
  • Tiga ratus dan dua puluh lapan orang (Nehemiah 7:22)
20. Berapa ramai anak Bethel dan Ai?
  • Dua ratus dan dua puluh tiga (Ezra 2:28)
  • Satu ratus dan dua puluh tiga (Nehemiah 7:32)
21. Ezra 2:64 dan Nehemiah 7:66 sepakat bahawa jumlah seluruh orang berhimpun adalah 42,360. Namun, bilangan yang dijumlahkan tidak menepati. Jumlah yang didapati dari setiap satu buku seperti berikut:
  • 29,818 (Ezra)
  • 31,089 (Nehemiah)
22. Berapa orang penyanyi yang mengiringi perhimpunan?
  • Dua ratus (Ezra 2:65)
  • Dua ratus dan empat puluh lima (Nehemiah 7:67)
23. Siapa nama ibu kepada Raja Abijah?
  • Michaiah, anak perempuan kepada Uriel dari Gibeah
Ibunya ialah Michaiah anak Uriel dari kota Gibea. (2 Chronicles 13:2)
  • Maachah, anak perempuan kepada Absalom
Kemudian Rehoboam kawin dengan Maacha anak Absalom. Mereka mendapat empat anak laki-laki: Abijah, Atai, Ziza dan Selomit. (2 Chronicles 11:20)

Tetapi Absalom hanya mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Tamar.

Absalom mempunyai tiga orang putra dan seorang putri yang sangat cantik, bernama Tamar. (2 Samuel 14:27)

24 Adakah Joshua dan orang Israel telah menawan Jerusalem?

  • Ya (Joshua 10:23, 40)
  • Tidak (Joshua 15:63)
25. Midianites menjual Nabi Yusof as kepada siapa?
  • Kepada Ishmaelites (Genesis 37:28)
  • Kepada Potiphar, seorang pagawai kerajaan Firaun (Genesis 37:36)
26. Siapa yang membawa Nabi Yusof as ke Mesir?
  • Ishmaelites telah membeli Nabi Yusof as dan membawa Nabi Yusof as ke Mesir (Genesis 37:28)
  • Midianites telah menjual Nabi Yusof as di Mesir (Genesis 37:36)
  • Nabi Yusof as mendakwa saudara-saudara lelakinya yang menjual dirinya ke Mesir (Genesis 45:4)
27. Adakah Tuhan mengubah fikiran/menyesal?
  • Ya.
Lalu berkatalah TUHAN kepada Samuel, "Aku menyesal telah mengangkat Saul menjadi raja...(I Samuel 15:10 to 11)

Tetapi Samuel sedih karena TUHAN menyesal telah mengangkat Saul menjadi raja Israel. (I Samuel 15:35)

  • Tidak.
Yang Mulia Tuhan Israel tidak berdusta dan tidak pula mengubah pendirian-Nya, karena Dia bukan manusia. (I Samuel 15:29)

Perhatikan tiga petikan di atas adalah daripada bahagian yang sama dalam kitab yang sama! Malah, Bible turut mencatitkan bahawa kononnya Tuhan menyesal pada beberapa kejadian yang lain:


i. Ia pun menyesal telah menjadikan mereka dan menempatkan mereka di bumi. Ia begitu kecewa, sehingga berkata, "Akan Kubinasakan manusia yang telah Kuciptakan itu, dan juga segala burung dan binatang lainnya, sebab Aku menyesal telah menciptakan mereka. (Genesis 6:6-7)

ii. Maka TUHAN mengubah niat-Nya dan tidak jadi melaksanakan ancaman-Nya untuk menimpa bangsa itu dengan malapetaka. (Exodus 32:14).

28. Dalam satu mukjizat untuk Nabi Musa as dalam Kitab Bible iaitu menukarkan air Sungai Nil menjadi darah, dikatakan para tukang sihir Firaun pun berbuat sihir menukar air sungai menjadi darah. Ini agak janggal, kerana jika Nabi Musa as dan Nabi Harun as telah menukar semua air sungai Nil menjadi darah, dari mana si tukang sihir mendapat air di sungai yang sama yang hendak ditukar menjadi darah?

  • Nabi Musa as dan Nabi Harun as melakukan apa yang diperintahkan TUHAN. Di depan raja dan para pegawainya, Harun mengangkat tongkatnya dan memukul air Sungai Nil, maka airnya berubah menjadi darah. (Exodus 7:20-21)
  • Tetapi para ahli sihir Mesir berbuat begitu juga dengan ilmu gaib mereka, (Exodus 7:22).
29. Dalam kisah Bible juga jelas Nabi Musa as semasa diberi perintah berdakwah kepada Firaun telah diberikan dua mukjizat, tongkat berubah menjadi ular dan tangan yang bercahaya.
  • Musa melemparkannya, lalu tongkat itu berubah menjadi ular (Exodus 4: 3)
  • TUHAN berkata lagi kepada Musa, "Masukkanlah tanganmu ke dalam bajumu." Musa menurut, dan ketika ia menarik tangannya keluar, tangan itu putih sekali karena kena penyakit kulit yang mengerikan. (Exodus 4: 6)
Namun hanya kisah tongkat bertukar menjadi ular di hadapan Firaun sahaja yang tercatit dalam Kitab Bible, tiada kisah tangan Nabi Musa as bertukar cahaya kerana mukjizat!!!

Maka pergilah Musa dan Harun menghadap raja dan mereka melakukan apa yang diperintahkan Allah. Harun melemparkan tongkatnya ke tanah di depan raja dan para pegawainya, lalu tongkat itu berubah menjadi ular. (Exodus 7: 10)

30. Siapa yang telah membunuh Goliath (dalam Al Quran disebut sebagai Jalut)?

  • Nabi Daud as (I Samuel 17:23, 50)
  • Elhanan (2 Samuel 21:19)
31. Siapa yang membunuh Raja Saul (dalam Al Quran tokoh Saul disebut sebagai Thalut, tiada keterangan bagaimana tokoh ini meninggal dunia)?
  • Raja Saul membunuh diri
Sebab itu Saul mengambil pedangnya sendiri dan merebahkan dirinya ke atas mata pedang itu..... (I Samuel 31:4-6)
  • Pemuda bangsa Amalek yang membunuh Raja Saul.
Saul menoleh ke belakang, dan melihat hamba, lalu hamba dipanggilnya, dan hamba menjawab, 'Ya, Tuanku.' Ia bertanya siapa hamba, dan hamba memberitahukan kepadanya bahwa hamba ini orang Amalek. Lalu katanya kepada hamba, 'Ke marilah, dan bunuhlah aku! Aku luka parah, dan hampir mati.' Maka hamba dekati dia, dan hamba bunuh... (2 Samuel 1:1- 16)

32. Semasa Bani Israel tinggal di Shittim merka telah berzina dengan wanita-wanita Moab. Tuhan telah menimpakan wabak/bencana. Berapa ramai yang terkorban akibat wabak tersebut/bencana?

  • Dua puluh empat ribu
Sementara bangsa Israel tinggal di Lembah Shittim, orang-orang lelaki mereka mulai berzinah dengan wanita-wanita Moab yang ada di situ. Wanita-wanita itu mengajak mereka ke pesta-pesta kurban untuk menghormati ilah mereka. Orang Israel juga ikut makan kurban itu dan menyembah ilah orang Moab....Tetapi sementara itu yang mati sudah ada 24.000 orang. (Numbers 25:1 - 9)
  • Dua puluh tiga ribu
"Maka bangsa itu mulai makan minum, dan menari untuk menyembah berhala." Kita tidak boleh melakukan hal-hal yang cabul seperti yang dilakukan oleh sebagian dari mereka. Sebab, dua puluh tiga ribu orang dari mereka mati dalam satu hari karena melakukan itu. (I Corinthians 10:8)

"Maka bangsa itu mulai makan minum, dan menari untuk menyembah berhala." Kita tidak boleh melakukan hal-hal yang cabul seperti yang dilakukan oleh sebagian dari mereka. Sebab, dua puluh tiga ribu orang dari mereka mati dalam satu hari karena melakukan itu. (I Corinthians 10:8)

33. Berapa ahli keluarga Nabi Yakob semasa dia ke Mesir?

  • Tujuh puluh
...sehingga keluarga Yakub yang tiba di Mesir seluruhnya berjumlah tujuh puluh orang. (Genesis 46: 27)
  • Tujuh puluh lima
Kemudian Yusuf mengirim berita kepada ayahnya, yaitu Yakub, untuk minta dia bersama seluruh keluarganya pindah ke Mesir--semuanya ada tujuh puluh lima orang. (Acts 7:14)

34. Siapakah ayah kepada Yusof, kononnya suami Mariam as (bonda kepada Nabi Isa as)?

  • Jacob (Matthew 1:16)
  • Heli (Luke 3:23)
35. Nabi Isa as keturunan daripada anak Nabi Daud as yang mana?
  • Solomon (Matthew 1:6)
  • Nathan (Luke3:31)
36. Siapakah ayah kepada Shealtiel?
  • Jechoniah (Matthew 1:12)
  • Neri (Luke 3:27)
37. Anak Zerubbabel yang mana adalah moyang kepada Nabi Isa as?
  • Abiud (Matthew 1: 13)
  • Rhesa (Luke 3:27) Tetapi ketujuh anak Zerubbabel seperti berikut: i.Meshullam, ii. Hananiah, iii. Hashubah, iv. Ohel, v.Berechiah, vi. Hasadiah, viii. Jushabhesed (I Chronicles 3:19, 20). Nama kedua Abiud and Rhesa tidak bertepatan.
38. Siapakah ayah Uzziah?
  • Joram (Matthew 1:8)
  • Amaziah (2 Chronicles 26:1)
39. Siapakah ayah kepada Jechoniah?
  • Josiah (Matthew 1:11)
  • Jeholakim (I Chronicles 3:16)
40. Berapakah bilangan generasi antara pembuangan dari Babylon ke Nabi Isa as?
  • Matthew kata empatbelas (Matthew 1:17)
  • Tetapi kiraan yang betul menunjukkan hanya ada tiga belas generasi (sila lihat Matthew 1: 12-16)
41. Siapakah ayah kepada Shelah?
  • Cainan (Luke 3:35-36)
  • Arphaxad (Genesis II: 12)
42. Adakah Nabi Yahya as (John the Baptist) itu adalah Iliyas as (Elijah) yang mengikut kepercayaan Yahudi sepatutnya datang semula?
  • Ya (Matthew II: 14, 17:10-13)
  • Tidak (John 1:19-21)
43. Adakah Nabi Isa as akan mewarisi takhta Nabi Daud as?
  • Ya. Demikian kata malaikat. (Luke 1:32)
  • Tidak, kerana dia adalah keturunan Jehoiakim (see Matthew 1: 11, I Chronicles 3:16).Dan Jehoiakim telah dikutuk Tuhan di mana tiada satu keturunan beliau boleh mewarisi takhta Nabi Daud as (Jeremiah 36:30)
44. Nabi Isa as memasuki Jerusalem dengan menunggang berapa ekor haiwan?
  • Satu – seekor anak kuda (Mark 11:7; cf Luke 19:3 5).
  • Dua – seekor anak kuda dan seekor keldai (Matthew 21:7).
45. Bagaimana cara Simon Peter mengetahui bahawa Nabi Isa as adalah Messiah?
  • Melalui wahyu dari langit (Matthew 16:17)
  • Saudaranya Andrew yang memberitahu (John 1:41)
46. Di manakah Nabi Isa as mula-mula bertemu dengan Simon Peter and Andrew?
  • Di laut Galilee (Matthew 4:18-22)
  • Di tebing sungai Jordan (John 1:42). Selepas itu, Nabi Isa as mengambil keputusan untuk ke Galilee (John 1:43)
47. Bilakah Nabi Isa as bertemu Jairus adakah anak perempuan Jairus sudah meninggal dunia?
  • Ya.
"Anak perempuan saya baru saja meninggal. Tetapi, sudilah datang untuk menjamahnya supaya ia hidup lagi." (Matthew 9:18)
  • Tidak.
"Pak, anak perempuan saya sakit parah. Sudilah datang untuk menjamahnya, supaya ia sembuh dan jangan mati!" (Mark 5:23)

48. Adakah Nabi Isa as membenarkan pengikutnya mengguna tongkat dalam perjalanan mereka?

  • Ya (Mark 6:8)
  • Tidak (Matthew 10:9; Luke 9:3)
49. Adakah Herod fikirkan yang Nabi Isa as adalah Nabi Yahya as (disebut sebagai John the baptist dalam Kitab Perjanjian Baru)?
  • Ya
Pada masa itu Herodes, penguasa negeri Galilea, mendengar mengenai Yesus. Herodes berkata kepada pejabat-pejabatnya, "Pasti ini John Pembaptis yang sudah hidup kembali! Itu sebabnya Ia mempunyai kuasa melakukan keajaiban." (Matthew 14:1-2; Mark 6:16)
  • Tidak
Herodes berkata, "Saya sudah menyuruh orang memancung kepala John. Tetapi Orang ini, siapa sebenarnya Dia? Ada banyak yang sudah saya dengar tentang Dia." Maka Herodes berusaha untuk melihat Yesus. (Luke 9:9)

50. Adakah Nabi Yahya as mengenali Nabi Isa as sebelum Nabi Isa as dibaptis?

  • Ya
Di sana Ia datang pada John dan minta dibaptis. Tetapi John mencoba menolak permintaan-Nya itu. John berkata, "Sayalah yang seharusnya dibaptis oleh Bapak. Sekarang malah Bapak yang datang kepada saya." (Matthew 3:13-14)
  • Tidak
Sebelumnya, saya tidak tahu siapa Dia itu. Padahal saya datang membaptis dengan air supaya bangsa Israel mengenal Dia." John juga memberi kesaksian ini, "Saya melihat Roh Kudus turun seperti merpati dari langit lalu tinggal di atas-Nya. Waktu itu saya belum tahu siapa Dia. (John 1:32,33)

51. Adalah Nabi Yahya as mengenali Nabi Isa as selepas dia dibaptis?

  • Ya (John 1:32, 33)
  • Tidak (Matthew 11:2)
52. Menurut Gospel John, apa yang Nabi Isa as katakan berkenaan menjadi kesaksian sendiri?
  • Nabi Isa as mengaku tidak dapat memberi kesaksian terhadap diri sendiri.
Andaikata Aku memberi kesaksian tentang diri sendiri, kesaksian itu tak dapat dipercaya. (John 5:3 1)
  • Nabi Isa as menyatakan dia dapat memberi kesaksiannya sendiri.
Yesus menjawab, "Meskipun Aku memberi kesaksian tentang diri-Ku sendiri, kesaksian-Ku itu benar; sebab Aku tahu dari mana Aku datang dan ke mana Aku pergi (John 8:14)

53. Pada Nabi Isa as masuk ke Jerusalem dengan perarakan, adakah dia telah 'bersihkan' Haikal pada hari yang sama?

  • Ya, Nabi Isa as terus melakukan 'permbersihan' kepada Haikal Suci pada hari yang sama.
Orang banyak yang berjalan di depan dan di belakang Yesus berseru-seru, "Hidup Anak Daud! Diberkatilah Dia yang datang atas nama Tuhan! Pujilah Allah Yang Mahatinggi!" Lalu, waktu Yesus masuk Yerusalem, seluruh kota itu menjadi gempar. "Ini siapa?" tanya orang-orang di kota itu. "Dia Nabi Yesus, dari Nazaret di Galilea," jawab orang banyak yang mengiringi Yesus. Kemudian Yesus masuk ke Rumah Tuhan, dan mengusir semua orang yang berjual beli di situ. Ia menjungkirbalikkan meja-meja penukar uang, dan bangku-bangku penjual burung merpati. (Matthew 21:9 -12)
  • Tidak. Nabi Isa as melakukan 'pembersihan' keesokan harinya.
Akhirnya Yesus sampai di Yerusalem, lalu masuk ke Haikal Suci. Di situ Ia memperhatikan sekeliling-Nya. Tetapi karena sudah hampir gelap, Ia kemudian berangkat ke Betania bersama-sama dengan kedua belas pengikut-Nya. Keesokan harinya, ketika mereka sedang berjalan keluar dari Betania,... Kemudian mereka sampai di Yerusalem, dan Yesus pergi lagi ke Rumah Tuhan. Di situ Ia mulai mengusir semua orang yang berjual beli di tempat itu. (Mark 11:1- 17)

54. Gospel mencatitkan Nabi Isa as mengutuk satu pokok ara. Adakah pokok berkenaan terus mati?

  • Yes. (Matthew 21:19)
  • Tidak. Ianya layu semalaman (Mark II: 20)
55. Adakah Judas mencium Nabi Isa as untuk memberitahu identiti Nabi Isa as kepada musuh?
  • Ya
Si pengkhianat sudah memberitahukan kepada mereka tanda ini, "Orang yang saya cium, itulah orangnya. Tangkap Dia!" Begitu sampai di tempat itu, Yudas langsung pergi kepada Yesus dan berkata, "Salam, Pak Guru!" Lalu ia mencium Yesus. (Matthew 26:48-50)
  • Tidak.
"Kalian mencari siapa?" "Yesus, orang Nazaret," jawab mereka. "Akulah Dia," kata Yesus. Yudas si pengkhianat berdiri di situ dengan mereka. Waktu Yesus berkata kepada mereka, "Akulah Dia," mereka semua mundur lalu jatuh ke tanah. (John 18:3-12)

56. Apa yang Nabi Isa as katakan berkenaan penafian Peter?

  • Yesus menjawab, "Sungguhkah engkau rela mati untuk-Ku? Ketahuilah, sebelum ayam berkokok nanti, engkau sudah tiga kali berkata bahwa engkau tidak mengenal Aku!" (John 13:38)
Pelayan wanita penjaga pintu itu berkata kepada Petrus, "Hai, bukankah engkau juga salah seorang pengikut orang itu?" "Bukan," jawab Petrus... Simon Petrus masih juga berdiri berdiang di situ. Orang-orang berkata kepadanya, "Bukankah engkau juga pengikut orang itu?" Tetapi Petrus menyangkal, katanya, "Bukan!" Seorang hamba imam agung, yaitu keluarga dari orang yang telinganya dipotong Petrus, berkata, "Bukankah saya melihat engkau di taman itu bersama-sama dengan Dia?" Lalu Petrus menyangkalnya lagi, "Tidak," --dan tepat pada saat itu ayam berkokok. ((John 18:17-28)
  • "Ingat," kata Yesus, "malam ini juga, sebelum ayam berkokok dua kali, engkau tiga kali mengingkari Aku." (Mark 14:30) .
Lalu Petrus mulai menyumpah-nyumpah dan berkata, "Saya tidak mengenal orang yang kalian maksudkan itu!" Saat itu juga ayam berkokok untuk kedua kalinya. Dan Petrus teringat bahwa Yesus telah berkata kepadanya, "Sebelum ayam berkokok dua kali, engkau tiga kali mengingkari Aku." Maka Petrus pun menangis tersedu-sedu. (Mark 14:71-72)

Yang mana satu ramalan Nabi Isa as yang sebenarnya?

57. Adakah Nabi Isa as mengangkat salibnya sendiri?

  • Ya
Yesus keluar dengan memikul sendiri salib-Nya ke tempat yang bernama "Tempat Tengkorak". (Di dalam bahasa Ibrani disebut Golgota.) (John 19:17)
  • Tidak
Di tengah jalan, mereka berjumpa dengan seorang dari Kirene bernama Simon. Mereka memaksa orang itu memikul salib Yesus. Kemudian mereka sampai di suatu tempat yang bernama Golgota, yang artinya "Tempat Tengkorak". (Matthew 27:32-33)

58. Adakah Nabi Isa as mati sebelum tirai Haikal telah terkoyak?

  • Ya
Kemudian Yesus berteriak lagi dengan suara keras, lalu menghembuskan napas-Nya yang penghabisan. Tirai yang tergantung di dalam Haikal Suci sobek menjadi dua dari atas sampai ke bawah. Bumi bergetar dan gunung-gunung batu terbelah. (Matthew 27:50-51; Mark 15:37-38)
  • Tidak.
Tirai yang tergantung di dalam Haikal Suci, sobek menjadi dua. Lalu Yesus berteriak dengan suara keras, "Bapa! Ke dalam tangan-Mu Kuserahkan diri-Ku!" Setelah berkata begitu, Ia pun meninggal. (Luke 23:45-46)

59. Adakah Nabi Isa as menyatakan apa-apa secara rahsia?

  • Tidak.
Yesus menjawab, "Aku selalu berbicara dengan terus terang di muka umum. Aku selalu mengajar di rumah-rumah ibadat dan di Haikal Suci, tempat orang Yahudi biasanya berkumpul. Tidak pernah Aku mengatakan apa-apa dengan sembunyi-sembunyi.. (John 18:20)
  • Ya.
Dia sering berbicara kepada orang ramai dalam bentuk perumpamaan tetapi secara peribadi dengan pengikutnya akan diterangkan semuanya. (Mark 4:34).

Kemudian pengikut-pengikut Yesus datang dan bertanya kepada-Nya, "Mengapa Bapak memakai perumpamaan kalau berbicara dengan orang banyak itu?" Yesus menjawab, "Sebab kalian sudah diberi anugerah untuk mengetahui rahasia tentang bagaimana Tuhan memerintah, sedangkan mereka tidak. (Matthew 13: 1 0-11)

60. Dimanakah Nabi Isa as pada jam ke enam pada hari penyaliban berkenaan?

  • Di palang salib (Mark 15:23)
  • Di istana Pilates (John 19:14)
61. Gospel menyatakan ada dua pencuri yang disalib bersama Nabi Isa as. Adakah kedua mereka mengejek Nabi Isa as?
  • Ya
Orang-orang yang disalibkan bersama Yesus itu pun menghina Yesus. (Mark 15:32)
  • Tidak. Hanya seorang mengejek tetapi yang seorang lagi membela Nabi Isa as.
Salah seorang penjahat yang disalibkan di situ menghina Yesus. Ia berkata, "Engkau Raja Penyelamat, bukan? Nah, selamatkanlah diri-Mu dan kami!" Tetapi penjahat yang satu lagi menegur kawannya itu, katanya, "Apa kau tidak takut kepada Tuhan? Engkau sama-sama dihukum mati seperti Dia. Hanya hukuman kita berdua memang setimpal dengan perbuatan kita. Tetapi Dia sama sekali tidak bersalah!" (Luke 23:39-41)

62. Adakah Nabi Isa as naik ke Langit pada hari yang sama kononnya penyaliban?

  • Ya. Nabi Isa as telah berkata kepada penjahat yang telah membelanya.
"Percayalah," kata Yesus kepadanya, "hari ini engkau akan bersama Aku di Surga." (Luke 23:43)
  • Tidak. Dikatakan bahawa Nabi Isa as berkata kepada Mary Magdalene dua hari selepas penyaliban.
"Jangan pegang Aku," kata Yesus kepadanya, "karena Aku belum naik kepada Bapa. (John 20:17)

63. Paul ternampak cahaya dan mendengar satu suara dalam perjalanannya ke Damascus. Adakah mereka yang bersama Paul turut mendengar suara itu?

  • Ya
Orang-orang yang ikut bersama-sama Saulus terkejut sehingga tidak dapat bersuara; karena mereka mendengar suara itu tetapi tidak melihat seseorang pun. (Acts 9:7)
  • Tidak
Orang-orang yang ada di situ bersama-sama saya melihat cahaya itu, tetapi mereka tidak mendengar suara yang berbicara kepada saya. (Acts 22:9)

64. Paul terjatuh ke tanah apabila ternampak cahaya itu. Adakah mereka yang lain bersamanya turut terjatuh ke tanah?

  • Ya (Acts 26:14)
  • Tidak (Acts 9:3-8)
65. Adakah suara itu terus memberi arahan apa tugas Paul seterusnya?
  • Ya
Maka saya berkata, 'Siapakah Engkau, Tuan?' Dan Tuhan menjawab, 'Akulah Yesus yang engkau aniaya. Bangunlah dan berdiri! Aku memperlihatkan diri kepadamu dengan maksud untuk mengangkat engkau menjadi pelayan-Ku. Engkau harus memberitakan kepada orang lain apa yang engkau lihat hari ini tentang Aku dan tentang apa yang Aku akan tunjukkan kepadamu nanti pada waktu yang akan datang. Aku akan melepaskan engkau dari bangsa Israel dan dari bangsa-bangsa lain yang bukan Yahudi. Aku akan menyuruh engkau pergi kepada mereka untuk mencelikkan mata mereka, supaya mereka keluar dari kegelapan dan masuk ke dalam terang; supaya mereka lepas dari pengaruh Iblis, lalu dikuasai oleh Tuhan. Maka dengan percaya kepada-Ku dosa-dosa mereka akan diampuni dan mereka akan menjadi anggota umat Tuhan yang terpilih.'" (Acts 26:15-18)
  • Tidak. Suara itu hanya memerintah Paul untuk ke kota Damascus dan di sana Paul akan diberitahu apa yang dia mesti lakukan.
"Siapakah Engkau, Tuan?" tanya Saulus. Suara itu menjawab, "Akulah Yesus, yang engkau aniaya. Tetapi sekarang bangunlah dan masuklah ke kota. Di situ akan diberitahukan kepadamu apa yang harus kaulakukan." (Acts 9:5-7)

Lalu saya bertanya pula, 'Saya harus berbuat apa, Tuhan?' Tuhan menjawab, 'Bangunlah dan masuk ke Damascus. Di sana nanti engkau akan diberitahu mengenai semua yang Allah mau engkau lakukan.' (Acts 22: 10)

66. Apa yang dilakukan oleh Judas dengan 'wang darah' yang dia terima kerana mengkhianati Nabi Isa as?

  • Judas telah membeli sekeping tanah (Acts 1: 18)
  • Judas telah mencampak wang di Haikal dan pergi. Para pemuka agama tidak dapat masukkan wang berkenaan kedalam khazanah Haikal, jadi mereka telah beli sekeping tanah untuk mengkuburkan orang asing yang tidak dikenali. (Matthew 27:5)
Jika sekiranya Bible yang digunakan oleh umat Kristian itu didakwa sebagai 'kitab suci yang diturunkan dari langit', sudah tentulah akal kita dapat berfikir bahawa isi kandungannya akan selaras dan tidak bercanggah antara satu sama lain. Jika keterangan yang ada itu bercanggah, ianya adalah bukti bahawa ia hanyalah hasil tangan-tangan manusia, atau hasil karya beberapa orang manusia. Saya telah catatkan betapa banyaknya versi-versi Bible dalam artikel sebelum ini. Adakah semua Bible yang bercanggah itu boleh dikatakan 'satu kebenaran'? Kita telah dapat saksikan betapa teruknya percanggahan dalam kitab yang dianggap 'benar lagi suci' oleh penganut Kristian. Tapi mereka masih percaya bahawa Kristian itu 'benar', adakah mereka fikir kepercayaan mereka itu wajar?

Mudah-mudahan siri ini akan dapat menyedarkan kita betapa pentingnya setiap penganut mana-mana agama pun untuk mengkaji sejauh manakah kebenaran agama yang mereka anuti.

Itulah sebahagian kecil daripada percanggahan yang masih wujud dalam Bible anutan Kristian dan juga Tanakh anutan Yahudi. Wallahu'alam. Semoga Allah swt membimbing umat Islam seluruhnya ke jalan yang haq dan lurus. Amin.

Rujukan bahan bacaan

1. The Holy Quran (Text And Translation), Abdullah Yusuf Ali
2. The Holy Bible Authorized King James Version
3. Alkitab Bible, Lembaga Alkitab Indonesia
4. Muhammad in the Bible, Prof Abdu 'L-Ahad Dawud
5. Follow Jesus or Follow Paul?, Dr Roshan Enam
6. Combat Kit against Bible Thumpers, Ahmad Deedat
7. Jesus Christ in Islam, Ahmad Deedat
8. What the Bible says about Muhammad pbuh, Ahmad Deedat
9. The Choice, Ahmad Deedat
10. What is His Name?, Ahmad Deedat
11. Hakikat Injil, Saifuddin Abdullah
12. Satu Jawapan Bagi Pernyataan "Nabi Isa tidak akan turun kembali"
13. The Bible, The Quran and Science, Dr Maurice Buccaille
14 Jesus Before Christianity, Albert Nolan
15 The Historical Figure Of Jesus, E.P. Sanders
16 The Mysteries Of Jesus, Ruqaiyyah Waris Maqsood
17 Jesus A Short Biography, Martin Forward
18 Agama Yahudi, Prof. Dr. Ahmad Shalaby
19. Old Testament Introduction, Werner H. Schmidt
20 The Short Introduction to the Old Testament Prophets, E.W. Heaton
21. Judaism, C M Pilkington
22 A Concise Encyclopedia of Judaim, Dan Cohn-Sherbok
23. Jewish History and Culture. Rabbi Benjamin Blech
24. A History of God, Karen Armstrong
25. A History of Jerusalem, Karen Armstrong
26. Messianic Legacy, Michael Baigent, Richard Leigh and Henry Lincoln
27 Holy Blood Holy Grail, Michael Baigent, Richard Leigh and Henry Lincoln
28 Divine Deception, Keith Laidler
29 Dead Sea Scrolls Deception, Richard Leigh
30. Early History Of The Children of Israel, Dr Louay Fatoohi and Prof. Shetha al Dargazelli